Monday, March 8, 2021

WANITA LAYYIN BERJIWA MASKULIN

Layyin bermaksud lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, lemah lembut. Manakala maskulin pula berkaitan dengan ciri-ciri lelaki atau kelelakian.

Ya, setiap insan yang bernama wanita itu bersifat layyin (lembut). Wanita memang perlu dididik menjadi lembut, lembut akhlak, lembut bicara, dan lembut hatinya, dalam menerima tarbiyah Islam.

Namun, jiwanya harus jadi maskulin. Wanita harus kuat meskipun merasakan dirinya lemah terutama ketika mengharungi ujian. Dalam kelembutan, wanita perlu ada prinsip. Jiwanya perlu kental menghadapi ujian dunia, prinsipnya perlu kuat dalam mempertahankan maruah dan syariat agama.

Datanglah ujian apa sahaja, walaupun air matanya menitis, tetapi ia tetap akan menempuhi kerana dia tahu ada Allah di sisi. Itulah kehebatan seorang wanita Muslimah.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Daripada,

Yang menghargai wanita,

Muhammad Nor Aman Jamaluddin

#InternationalWomensDay

#HariWanitaSedunia

#Women #Wanita

 



No comments:

Post a Comment

WANITA LAYYIN BERJIWA MASKULIN

Layyin bermaksud lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, lemah lembut. Manakala maskulin pula berkaitan deng...