Monday, March 8, 2021

WANITA LAYYIN BERJIWA MASKULIN

Layyin bermaksud lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, lemah lembut. Manakala maskulin pula berkaitan dengan ciri-ciri lelaki atau kelelakian.

Ya, setiap insan yang bernama wanita itu bersifat layyin (lembut). Wanita memang perlu dididik menjadi lembut, lembut akhlak, lembut bicara, dan lembut hatinya, dalam menerima tarbiyah Islam.

Namun, jiwanya harus jadi maskulin. Wanita harus kuat meskipun merasakan dirinya lemah terutama ketika mengharungi ujian. Dalam kelembutan, wanita perlu ada prinsip. Jiwanya perlu kental menghadapi ujian dunia, prinsipnya perlu kuat dalam mempertahankan maruah dan syariat agama.

Datanglah ujian apa sahaja, walaupun air matanya menitis, tetapi ia tetap akan menempuhi kerana dia tahu ada Allah di sisi. Itulah kehebatan seorang wanita Muslimah.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Daripada,

Yang menghargai wanita,

Muhammad Nor Aman Jamaluddin

#InternationalWomensDay

#HariWanitaSedunia

#Women #Wanita

 



Tuesday, April 2, 2019

Salam Israk Mikraj




سُبْحَٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

(Al-Isra' 17:1)

#RoadtoRamadhan

Thursday, March 7, 2019

Doa Bulan Rejab

Ramadhan : 58 hari lagi



اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Tuesday, February 5, 2019

Happy Chinese New Year 2019


Xīn nián kuài lè !

我在此恭祝华社与所有马来西亚人民新年快乐。让我们一起来建造一个和谐,安宁与繁荣的马来西亚



To all my Chinese friend, may the new year bring in your life joys that never fade, hopes that never die, and strength that never weakens.

#ChineseNewYear
#CNY2019

Thursday, January 24, 2019

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16, Sultan Perak kekal Timbalan


Sembah tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16 selama tempoh lima (5) tahun berkuatkuasa 31 Januari 2019.



Manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah kekal sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. 



Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad di Istana Negara hari ini.




Friday, January 18, 2019

#10YearsChallenge vs #10YearsMuhasabah


Sudah buat #10YearsChallenge ? Jom kita #10YearsMuhasabah pula.

Mungkin ramai antara kita yang sudah lakukan perbandingan 10 tahun ke belakang melalui gambar wajah dan pencapaian kehidupan masing-masing. Namun, perkara penting yang ramai sering terlepas pandang adalah menilai semula segala amalan dilakukan pada masa lalu atau muhasabah diri.



Bukan hanya dalam urusan dunia semata seperti semakin kurus, semakin cantik dan kacak, semakin berjaya dalam kerjaya tetapi lebih penting muhasabah menuntut umat Islam untuk memikirkan perjalanan hidup sama ada semakin dekat dengan Allah SWT atau sebaliknya. Dalam hal ini kita perlu menyedari tentang kedudukan diri, dari mana kita datang ? Kenapa kita hidup di dunia ini ? Dan ke mana kita akan pergi ? Dalam tempoh 10 tahun ini berapa banyak sudah amal kebaikan yang kita lakukan ? Adakah lebih banyak pahala ataupun dosa yang kita kutip ?

Ingatlah bahawa Allah menyuruh setiap manusia mempersiapkan bekalan untuk dibawa pergi pada hari selepas kematian, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (al-Hasyr:18)

10 tahun akan datang belum tentu kita masih hidup bahkan 1 tahun, 1 jam, 1 saat selepas membaca artikel ini pun belum tentu bila ajal kita.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: masa mudamu sebelum datang masa tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum masa fakirmu, dan masa lapangmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu.” - Riwayat Baihaqi


Sunday, January 6, 2019

Yang di-Pertuan Agong ke-15 Turun Takhta

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan. Walaupun ianya agak mengejutkan, namun kami rakyat jelata tetap menghormati keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. Berikut merupakan senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 1957 hingga 2019.


#DaulatTuanku
#YangdiPertuanAgong

WANITA LAYYIN BERJIWA MASKULIN

Layyin bermaksud lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, lemah lembut. Manakala maskulin pula berkaitan deng...