Friday, January 18, 2019

#10YearsChallenge vs #10YearsMuhasabah


Sudah buat #10YearsChallenge ? Jom kita #10YearsMuhasabah pula.

Mungkin ramai antara kita yang sudah lakukan perbandingan 10 tahun ke belakang melalui gambar wajah dan pencapaian kehidupan masing-masing. Namun, perkara penting yang ramai sering terlepas pandang adalah menilai semula segala amalan dilakukan pada masa lalu atau muhasabah diri.



Bukan hanya dalam urusan dunia semata seperti semakin kurus, semakin cantik dan kacak, semakin berjaya dalam kerjaya tetapi lebih penting muhasabah menuntut umat Islam untuk memikirkan perjalanan hidup sama ada semakin dekat dengan Allah SWT atau sebaliknya. Dalam hal ini kita perlu menyedari tentang kedudukan diri, dari mana kita datang ? Kenapa kita hidup di dunia ini ? Dan ke mana kita akan pergi ? Dalam tempoh 10 tahun ini berapa banyak sudah amal kebaikan yang kita lakukan ? Adakah lebih banyak pahala ataupun dosa yang kita kutip ?

Ingatlah bahawa Allah menyuruh setiap manusia mempersiapkan bekalan untuk dibawa pergi pada hari selepas kematian, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (al-Hasyr:18)

10 tahun akan datang belum tentu kita masih hidup bahkan 1 tahun, 1 jam, 1 saat selepas membaca artikel ini pun belum tentu bila ajal kita.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: masa mudamu sebelum datang masa tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum masa fakirmu, dan masa lapangmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu.” - Riwayat Baihaqi


No comments:

Post a Comment

WANITA LAYYIN BERJIWA MASKULIN

Layyin bermaksud lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, lemah lembut. Manakala maskulin pula berkaitan deng...